Main Meriam Masa Bulan Puasa

Musim musim raya nie teringat balik masa zaman kanak kanak yang tak boleh nak berfikir dulu. Kalau raya saja, mesti nak main meriam. Geng kami tak main meriam buluh, tapi kami main meriam kok. Sesetengah daripada anda mesti tak tahu apa dia kok nie. Istilah di panggil meriam kok tapi sebenarnya meriam nie di buat daripada batang paip air besar yang di tanam tepi tepi jalan kampong tu. Kami bukan korek batang paip tu yer, nak mampos dengan orang kampong, tak pasal pasal nak kena maki dengan orang kampong.

Pembuatan meriam.

Kami akan ambil lebihan daripada batang paip tu, kadang kadang ada yang lebih dari pada baki projek tu, yang patah patah tu. Kadang kadang kami akan ambil kat rumah orang yang buat jamban dan paip saluran tu lebih. Kiranya kami nie dah jadi macam orang cari barang terpakai. Kami tak brapa minat main meriam buloh, sebab bunyi dia kurang power.

Okay kalau dah dapat batang paip tersebut kita akan setkan panjang mana nak buat. Selalu panjang yang kami buat lebih kurang 5 hingga 8 kaki bergantung. Kami pon tak tahu sebab apa pilih macam tu, main hentam saja. Rasanya lagi panjang lagi bunyi kuat kot. Kita orang pon tanggung la paip tersebut naik motor, motor Honda kapcai jer masa tu, masa tu mana ada moto LC 125 lagi. Kalau tak cukup panjang kami akan sambungkan batang batang paip tu.

Jadi kami akan cari “port” kat mana nak buat lokasi meriam nie, sebab nak korek tanah, selalu kami akan buat kat jalan ban di tepi sungai sebab nak bagi jauh dari kampong. Kalau buat dalam kampong orang kampong bising, sebab diaorang terkejut.Adayang sakit jantung ada yang baru beranak ada orang nak sembahyang terawih. Jadi kami tolak ansur dalam hal nie untuk kebaikan bersama dengan orang kampong semua. Jadi kami pilih lokasi yang agak jauh dari kampong. Kadang kadang kami buat dalam bendang bapak member sorang nie, bapa dia tak marah huhuhu..

Tanah akan dikorek untuk tanam paip tersebut. Lubang kecil akan di buat di hujung salah satu batang paip tersebut sebelum di tanam. Selalu pakai paku yang besar tu, lubang tak payah besar besar sebab nanti gas kabad tu akan mudah  cepat keluar. Kami akan korek belah petang sebab belah malam susah nak korek sebab tak nampak. Korek pakai cangkul yer. Lubang tak perlu dalam dalam lebih kurang 2 kaki dalam.

Kemudian timbus balik tanah tu selepas tanam batang paip tu. Kemudian di atas meriam buatan sendiri yang dah siap tu, kena letak benda berat supaya tahan gegaran apa bila meriam dilepaskan. Selalu kami akan letak serpihan konkrit yang pecah dan letak banyak banyak atas meriam tu. Bukan apa ikut pengalaman lepas kalau tak buat macam tu paip yang di tanam akan terbungkas keluar, tak best bila main nanti sebab nanti mudah rosak.

Dah siap pasal meriam, so satu benda lagi kena buat iaitu tempat nak letakkan kabad dan air semasa nak diletakkan dalam meriam tu. Kami selalu buat dengan tin air gas(coca cola) tu, potong kira 1/3 sudah cukup untuk letak air dan kabad. Kemudian buat penyepit daripada buluh untuk ikat tin tu supaya ia kukuh dan tak mudah tercabut. Lilit dengan dawai pada tin dengan penyepit tu. Okay dah siap.

Adalagi perkara yang tertinggal, kena sediakan guni padi untuk tutup pada bahagian hadapan meriam supaya gas tak keluar. Kabad semua share sama sama untuk beli, tak ingat masa tu harga berapa sekilo, tapi murah jer la dalam 2-3 ringgit kot. Lagi satu pemetik api.

Lepas jer buka puasa mandi dan siap siap terus pergi, kadang  kadang saya pergi terawih dulu buat 8, member hentam main awal lagi. Diaorang dah tak sabar. Cara nak main meriam kok nie senang jer. Masukkan kabad 2-3 ketul bersama dengan air dalam bekas tin tadi, kemudian masukkan kedalam meriam, tutup di bahagian hadapan dengan guni padi tadi, semua orang duduk jauh jauh, jangan duduk dekat dengan meriam, tunggu beberapa saat letak api dekat lubang yang di tebuk tadi….KABOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMM.

Nak letak api tu pun kami pakai buluh panjang untuk nyalakan meriam, memang dasyat bunyi dia…bunyi memang power…sayup kedengaran serata kampong. Siap kampong lain berbalas balas tembakan, macam perang pulak.  Kadang kadang main sampai pukul 11 atau 12. Memang best masa tu.

Masa tu sapa pun tak marah, mungkin kami degil kot. Kalau nak main meriam nie tak boleh main sorang sorang, sebab perlukan minimum sekurang kurangnya 2 orang paling sikit. Tapi kami main ramai ramai, lebih kurang 6-8 orang. Lepas tu boleh bertukar tukar main. Ramai ramai baru best. Sekarang dah besar, bila berkumpul ramai ramai masa raya, semua akan cerita pasal main meriam nie, sebab banyak cerita kat kampong kami pasal meriam nie, sampai berkelahi dengan orang kampong pun ada sebab cucu dia menangis terkejut bunyi meriam, pernah kena kejar dengan kereta polis, tapi tengok tengok bukan polis pun, tapi orang naik kereta laju dalam kampong, suspen betul.

Kawan saya masa lari tu kami masuk dalam kawasan rumah orang, bayangkan ketika dalam gelap yang tak nampak tu, tengah lari laju, mulut dia tersangkut dekat dengan penyidai(ampaian)…huhuhu..memang sakit la…tali getah lak tu…memang lawak la. Cerita tu semua mesti member member paling ingat. Setiap kali raya mesti kami akan main meriam. Tapi budak sekarang nie pun dah tak main meriam, main mercun jer…tak ganas pon.

Incoming search terms:

  • artikel main meriam buluh